Tuesday 15 January 2013

Masam-manis 'Bengkel Kemahiran Penerbitan'


Exco Kepimpinan dan Latihan yang bernaung di bawah Persatuan Penerbitan Kreatif UniSZA (PPKU) telah berjaya menggencarkan misinya dengan mengadakan 'Bengkel Kemahiran Penerbitan' . Jemputan khas Encik 'Ali 'Irfan Bin Jamaluddin atau nama penanya, Brohamzah,  salah seorang kolumnis Krew Langit Ilahi.Com dan juga Cik Husna Binti Hassan, Editor Majalah Solusi dan Gen-Q sekaligus telah menambahkan pengetahuan dalam bidang penerbitan dan penulisan secara khususnya kepada para peserta.

Bengkel ini akan dijalankan di Dewan Foyer Serbaguna selama dua hari  iaitu pada  11 Januari 2013. Iaitu bermula pada jam 9.00 malam hingga jam 5.00 petang berjalan dengan lancar dan memuaskan.
 
 Dipetik dari perkongsian Brohamzah,
Kata-kata jiwa : Kita tidak boleh memanjangkan usia kita, justeru itu, kita perlu berusaha umur dakwah. Iaitu melalui Penulisan.
-Slot Seni Melakar Tinta, Brohamzah-
 
 Turut dikongsikan Tips-tips penulisan yang amat berguna di akhir bengkel. Kami kongsikan di ruangan ini.

TIPS PENULISAN oleh HAMKA 

1. Jelas dengan tujuan menulis dan tetap pendirian bagi mencapainya.
2. Apabila bercita-cita menjadi penulis, jangan tangguh dan jangan berlengah.
3. Tanda penulis yang berputus asa adalah sikap mengelak kegagalan. Tidak sanggup bersusah payah.
4. Apabila membaca buku orang lain, ia memberikan kita untuk menulis.
5. Membaca dan menulis bergerak serentak.
6. Usah berhenti dan memperbaiki, menambah dan mengembangkan karya.
7. Berhati-hati tentang pandangan dan jenis teori, kaedah dan teknik sehingga takut menulis.
8. Usah ditunggu sehingga menjadi penulis sempurna, kesempurnaan akan datang berperingkat.
9. Motivasi menulis turun dan naik itu sempurna.
10. Penulis mesti melangkaui zaman. 

Bengkel Editorial bersama Cik Husna Binti Hassan meneruskan misi para peserta lagi. Perkongsian tentang siapa itu Editor, bagaimana proses editorial dilakukan sehingga terhasil sebuah majalah yang mampu menjadi tatapan ramai. Tidak ramai yang benar-benar tahu apa yang sebenarnya dilakukan oeh seorang editor kerana tugasnya hanya dibelakang tabir yang berusaha memperbaiki bait-bait kesalahan sang penulis. Editor dan penulis saling memerlukan dalam menyebarkan dakwah kepada segenap masyarakat.

Alhamdulillah. Bengkel ini sedikit sebanyak telah membuka mata para peserta tentang betapa pentingnya kesedaran penulisan dalam menyebarkan dakwah. Selitan Al-quran dan Hadith yang menguatkan lagi hujah, frasa indah yang digunakan dalam setiap kata, dan yang paling penting adalah menulis dengan hati pasti lebih menembusi hati pembaca.

Akhir kata, bercita-citalah menjadi penulis ! Semoga apa yang ditimba adalah untuk menggapai Redha Allah.


Bersama Brohamzah



 Bersama Editor Husna


Disertakan juga respon peribadi dari Blog brohamzah :Perkongsian 1 Brohamzah Perkongsian 2 Brohamzah


 
Read More

Monday 14 January 2013

Kenapa kakak menangis??



Maghrib hari itu ku tunaikan di Pusat Islam, letih seharian dengan menelaah buku, aku ambil kesempatan merehatkan diri dengan solat. Semoga solatku ini menjadi rehat buat aku. Usai sahaja solat sunat, seorang kanak-kanak yang ku kira baru berada disekolah rendah datang.

Dia yang kelihatan malu-malu membuka mulut bertanya, “kak, tadi waktu solat, saya solat sebelah akak. Saya nampak akak menangis sebelum saya angkat takbir. Sayakan tak sempat ikut imam tadi. Kenapa kak? Kenapa akak menangis?”

Ligat otakku mengingat semula kejadian itu. “Oh!ketika solat tadi,” bisik hatiku.

Aku tersenyum dan mengajak dia ke penjuru masjid. Ku capai al-Quran yang berada di atas rak, ku ambil dan selak ayat yang dibaca oleh imam sewaktu kami berjemaah tadi. Dia yang masih muda menanti jawapanku. ” Tadi, imam baca surah Luqman. Bila imam baca ni, akak teringat semua pesanan Luqman dekat anak dia.” jawabku sambil tunjuk ayat tersebut.

Kerut dahinya menunjukkan bahawa dia masih tidak mengerti.

” Ayat ni pesanan Luqman dekat anak dia. Luqman pesan, yang pertama, kita mesti bersyukur dengan apa yang telah Allah kurniakan kepada kita. Yang kedua, kita jangan mempersekutukan Allah. Yang ketiga, kita mesti berbuat baik dengan ibu bapa kita. Bersyukur kepada Allah kerana telah memberikan ibu bapa kita kepada kita.” terangku.

” Habis tu, kenapa akak menangis?” soalnya lagi.

” Akak menangis sebab pesanan Luqman yang berbuat baik kepada ibu bapa tu. Akak belum cukup baik dengan mereka. Mereka sangat baik dengan akak.” jawabku.

Matanya menerewang mencari susuk tubuh seseorang.

” Kak, terima kasih. Saya minta diri dulu. Saya nak salam dan peluk ummi saya. Saya nak ucap terima kasih sebab ummi saya lahirkan saya dan besarkan saya. Nanti saya nak salam abah saya pula!” ujarnya penuh syahdu.

” Ok dik, semoga kita jumpa lagi.” kataku sambil bersalaman. Dia bingkas bangun dan mendapatkan umminya yang sedang membaca al-Quran. Dari jauh kelihatan dia dan umminya berpelukkan.

“Rindunya mak dengan abah.” sekali lagi hatiku berbisik menyatakan perasaan rindu ini kepada mereka, mak dan abah.

Angin, sampaikan salam rindu buat mereka~

-Pengalaman
Faten Muhammad
Read More

Sunday 13 January 2013

Kata-kata Hikmah 1: Syukur

Prayer in Palestine by a local in the snow.
God bless the people of Palestine 

“Jangan pertikaikan kenapa kita,
Allah lebih tahu yang terbaik untuk kita.
Allah tak akan beri kita pahit, kalau bukan tiada ubat.
Kekadang kita diuji kenapa tak berkasut,
Tetapi kita lupa ramai org diuji tak berkaki.”
— (via mujahadahrania)
Read More

Maka Serahkanlah Hatimu Pada-Nya...


Ketenangan tidak akan datang dengan paksaan, tetapi ia datang bila ada penyerahan hati..jika kamu berserah diri demi satu perubahan ke arah kebaikan, pasti Allah akan mnunjukkanmu jalan yang tak pernah kau temui sebelum ini, yakni jalan penuh susah, ranjau, onak dan liku, tetapi di pengakhirannya, sesuatu yang amat indah!
Dan ketahuilah, jalan kerosakan adalah jalan dosa, jalan yang dpenuhi keseronokan semata, lagha dan leka, sehingga kita tidak sedar di pengakhirannya adalah gaung maut yang sesat lagi membunuh.

Seorang bijak cendekiawan Islam berkata 
" jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka engkau mesti garang terhadap dirimu sndiri..tidak mengikut segala nafsumu..kalau engkau sudah merasai manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa pahitnya berpisah dgn-Nya.. "
Maka ayuh kita koreksi diri. Allah tidak akan mngubah nasib seseorang itu melainkan dia SENDIRI yang MENGUBAH NASIBNYA..
Read More

Dalam kepala kaum wanita ada kekurangan, tetapi dalam hati mereka ada kelebihan.

photo by: Umar Mita , edited by: Aisyah Huraiyah

"Isteri cerdik dan solehah,penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran, di rumah dia isteri, di jalanan kawan, di waktu kita buntu, di penunjuk jalan.." 
Sewaktu ana tgh menulis artikel ni, Windows Media Player kat laptop ni mngalunkan lagu nasyeed kumpulan Saff-One yang tidak asing lagi bagi kita. Jika ditanya kepada para lelaki, pasti mereka akn menjawab, "susah nak cari sekarang..." Memang ada betulnya. Tapi still kena usaha, sesuatu yang baik tidak akan datang begitu sahaja.

Bagaimana nilaian terhadap Syurga baitul muslim? Ia merupakan sesuatu yang indah. Tentulah selain keperluan hidup yang cukup, ialah isteri yang solehah dan anak- anak yang taat. Kalau rumah besar, perabot lengkap, pendek kata hendak apa semuanya ada, tapi bila balik rumah, isteri jadi singa, anak - anak degil tak menentu, rumah yang luas akan terasa sempit dan menghimpit. Memang betul, semua suami tidak mahu zaujahnya begitu, walaupun dirinya bukanlah seorang yang baik sangat.

Tapi ' baik ' ini pun tidak menjamin lagi kerana kebaikan juga merupakan sesuatu yang relatif. Baik pada ukuran manusia, tak semestinya baik pada ukuran Allah, tetapi apabila baik pada ukuran Allah, pasti memberi ketenangan dan kebahagiaan. As an example, seorang suami yang memakai seluar pendek di kolam renang umpamanya, dia takkan mahu isterinya memakai tudung di situ, pasti dia akan menyuruh isteri menanggalkan tudung ketika swimming. Pada anggapannya, isterinya itu baik kerana mengikut kata . Walaupun pada hakikatnya hatinya terseksa bila melihat ada lelaki lainyang tergoda dengan isterinya.

Sebaliknya memiliki isteri yang baik menurut penilaian Allah swt, rumah yang kecil pun akan terasa indah. Isteri yang sabar dan taat kepada Allah SWT, dia tentu akan bersabar dan taat kepada suaminya. Dia melayan suaminya kerana itu perintah Allah. Bagaimana susah pun , dia akan cuba membuat suaminya merasa tenang dengan sikapnya. Kalau kasih sayang antara paangan suami isteri itu atas dasar kasih sayang dan nafsu semata- mata, memang susah. Sebab kasih sayang sebegini cepat pudar. Bila sudah lama berkahwin, si isteri akan memperlakukan suaminya macam kawan sahaja, lebih sebagai tempat mencurahkan masalah.

Tetiba ana teringat kisah zaman Rasulullah SAW. Wanita pada zaman ni hebat-hebat belaka. Jika dilihatkan, rumah mereka kecil dan dhaif sahaja. Tidak ada kemudahan hidup yang sempurna apalagi kemewahan. Tetapi kerana 'baik'nya mereka di sisi Tuhan, mereka dapat menjadikan rumah mereka itu syurga bagi suami.

Rasulullah SAW ada bersabda,"
Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya."

Lihat sahaja peribadi agung Sayidatina Khadijah, isteri Rasulullah yang paling dicintai walaupun sesudah beliau wafat. Sewktu berlaku peristiwa wahyu yang pertama, tubuh Rasulullah ketakutan dan menggeletar. Beliau menyambut baginda dgn cukup tenang. Dia berusaha mngawal perasaannya, sedangkan beliau cukup cemas. Bahkan beliau berusaha berjumpa saudaranya, Warqah b. Naufal untuk merujuk hal itu.Natijahnya, di saat genting seperti itu, Sayidatina Khadijah memberi berita gembira kepada Rasulullah SAW, bagindalah Rasul yang diutuskan buat umat akhir zaman. 

Ummu Sulaim
 pula merupakan isteri yang mampu tersenyum dan memberi layanan terbaik buat suaminya, diwaktu hatinya sedang sedih dek kematian anak tercinta. Boleh pula dia menyampaikan berita sedih itu kepada suaminya dengan cara yang cukup bijak setelah suaminya yang baru pulang itu dihiburkan. Katanya, "Wahai suamiku, jika ada orang yang meminjamkan barang kepada kita, sampai masanya dia mahukan barang itu semula, apa yang patut kita lakukan? " jawab suaminya , "Pulangkanlah, ". Lalu Ummu Sulaim pun berkata, "Allah telah meminjamkan seorang anak kepada kita, dan sesungguhnya Dia telah mengambilnya semula..." Terkejut si suami, tetapi cepat sedar dan menerima hakikat itu kerana kebijaksanaan isterinya yang solehah.

"
Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab."

Isteri yang bukan sahaja boleh menenangkan hati, bahkan mampu menunjukkan jalan.Macam dalam seni kata nasyid tadi...isteri cerdik dan solehah. Dan mereka yang mampu berbuat begitu sahaja yang boleh menjadikan rumahtangganya sebagai syurga...

Read More

Sunday 6 January 2013

Bengkel Kemahiran Penerbitan I


[Bengkel Kemahiran Penerbitan]

PPKU dalam merealisasikan objektif persatuan, kami telah membuka peluang kepada AHLI Persatuan Penerbitan Kreatif UniSZA dan sesiapa yang berminat untuk menyertai 'Bengkel Kemahiran Penerbitan'

Tarikh : 11 - 12 Januari 2013 (Jumaat dan Sabtu)
Tempat : Dewan Serbaguna Foyer Asrama
Penyertaan : maksima 50 orang (utamakan ahli)

Jemputan :
1) En. Ali Irfan Jamaluddin @ BroHamzah of LangitIlahi.Com
2) Cik Husna Binti Hassan (Editor Majalah Solusi dan Gen-Q.)

-------------------------------
ATURCARA PROGRAM BENGKEL KEMAHIRAN PENERBITAN

11 Januari 2012 (Jumaat)
8.30 mlm : Ketibaan peserta program
9.00 mlm : Slot 1 : “Bengkel Penulisan I” bersama Brohamzah of LangitIlahi.Com
11.00 mlm : Mengumpul sinergi

12 Januari 2012 (Sabtu)
9.00 pg : Ketibaan peserta dan sarapan pagi
9.30 pg : Slot 2 : “Bengkel Penulisan II” bersama BroHamzah of LangitIlahi.Com
12.00 tgh : Rehat makan tengah hari dan Solah Zohor
2.30 ptg : Slot 3 : “Bengkel Kemahiran Editor” bersama Husna Hassan (Editor Majalah Solusi)
4.00 ptg : Bersurai

--------------------------------

Jom tingkatkan kemahiran anda !~

-WADAH DAKWAH MELALUI MATA PENA-
Read More
Powered by Blogger.

© UniSZA Creative Publisher Club'S Corner, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena