Tuesday 15 January 2013

Masam-manis 'Bengkel Kemahiran Penerbitan'


Exco Kepimpinan dan Latihan yang bernaung di bawah Persatuan Penerbitan Kreatif UniSZA (PPKU) telah berjaya menggencarkan misinya dengan mengadakan 'Bengkel Kemahiran Penerbitan' . Jemputan khas Encik 'Ali 'Irfan Bin Jamaluddin atau nama penanya, Brohamzah,  salah seorang kolumnis Krew Langit Ilahi.Com dan juga Cik Husna Binti Hassan, Editor Majalah Solusi dan Gen-Q sekaligus telah menambahkan pengetahuan dalam bidang penerbitan dan penulisan secara khususnya kepada para peserta.

Bengkel ini akan dijalankan di Dewan Foyer Serbaguna selama dua hari  iaitu pada  11 Januari 2013. Iaitu bermula pada jam 9.00 malam hingga jam 5.00 petang berjalan dengan lancar dan memuaskan.
 
 Dipetik dari perkongsian Brohamzah,
Kata-kata jiwa : Kita tidak boleh memanjangkan usia kita, justeru itu, kita perlu berusaha umur dakwah. Iaitu melalui Penulisan.
-Slot Seni Melakar Tinta, Brohamzah-
 
 Turut dikongsikan Tips-tips penulisan yang amat berguna di akhir bengkel. Kami kongsikan di ruangan ini.

TIPS PENULISAN oleh HAMKA 

1. Jelas dengan tujuan menulis dan tetap pendirian bagi mencapainya.
2. Apabila bercita-cita menjadi penulis, jangan tangguh dan jangan berlengah.
3. Tanda penulis yang berputus asa adalah sikap mengelak kegagalan. Tidak sanggup bersusah payah.
4. Apabila membaca buku orang lain, ia memberikan kita untuk menulis.
5. Membaca dan menulis bergerak serentak.
6. Usah berhenti dan memperbaiki, menambah dan mengembangkan karya.
7. Berhati-hati tentang pandangan dan jenis teori, kaedah dan teknik sehingga takut menulis.
8. Usah ditunggu sehingga menjadi penulis sempurna, kesempurnaan akan datang berperingkat.
9. Motivasi menulis turun dan naik itu sempurna.
10. Penulis mesti melangkaui zaman. 

Bengkel Editorial bersama Cik Husna Binti Hassan meneruskan misi para peserta lagi. Perkongsian tentang siapa itu Editor, bagaimana proses editorial dilakukan sehingga terhasil sebuah majalah yang mampu menjadi tatapan ramai. Tidak ramai yang benar-benar tahu apa yang sebenarnya dilakukan oeh seorang editor kerana tugasnya hanya dibelakang tabir yang berusaha memperbaiki bait-bait kesalahan sang penulis. Editor dan penulis saling memerlukan dalam menyebarkan dakwah kepada segenap masyarakat.

Alhamdulillah. Bengkel ini sedikit sebanyak telah membuka mata para peserta tentang betapa pentingnya kesedaran penulisan dalam menyebarkan dakwah. Selitan Al-quran dan Hadith yang menguatkan lagi hujah, frasa indah yang digunakan dalam setiap kata, dan yang paling penting adalah menulis dengan hati pasti lebih menembusi hati pembaca.

Akhir kata, bercita-citalah menjadi penulis ! Semoga apa yang ditimba adalah untuk menggapai Redha Allah.


Bersama Brohamzah



 Bersama Editor Husna


Disertakan juga respon peribadi dari Blog brohamzah :Perkongsian 1 Brohamzah Perkongsian 2 Brohamzah


 

1 comments:

  1. Bismillahirrahmanirrahim...

    "Sebaik-baik amal yang ditinggalkan ialah menulis buku".

    -Ibnu Jauzi-

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

© UniSZA Creative Publisher Club'S Corner, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena