Monday 14 January 2013

Kenapa kakak menangis??



Maghrib hari itu ku tunaikan di Pusat Islam, letih seharian dengan menelaah buku, aku ambil kesempatan merehatkan diri dengan solat. Semoga solatku ini menjadi rehat buat aku. Usai sahaja solat sunat, seorang kanak-kanak yang ku kira baru berada disekolah rendah datang.

Dia yang kelihatan malu-malu membuka mulut bertanya, “kak, tadi waktu solat, saya solat sebelah akak. Saya nampak akak menangis sebelum saya angkat takbir. Sayakan tak sempat ikut imam tadi. Kenapa kak? Kenapa akak menangis?”

Ligat otakku mengingat semula kejadian itu. “Oh!ketika solat tadi,” bisik hatiku.

Aku tersenyum dan mengajak dia ke penjuru masjid. Ku capai al-Quran yang berada di atas rak, ku ambil dan selak ayat yang dibaca oleh imam sewaktu kami berjemaah tadi. Dia yang masih muda menanti jawapanku. ” Tadi, imam baca surah Luqman. Bila imam baca ni, akak teringat semua pesanan Luqman dekat anak dia.” jawabku sambil tunjuk ayat tersebut.

Kerut dahinya menunjukkan bahawa dia masih tidak mengerti.

” Ayat ni pesanan Luqman dekat anak dia. Luqman pesan, yang pertama, kita mesti bersyukur dengan apa yang telah Allah kurniakan kepada kita. Yang kedua, kita jangan mempersekutukan Allah. Yang ketiga, kita mesti berbuat baik dengan ibu bapa kita. Bersyukur kepada Allah kerana telah memberikan ibu bapa kita kepada kita.” terangku.

” Habis tu, kenapa akak menangis?” soalnya lagi.

” Akak menangis sebab pesanan Luqman yang berbuat baik kepada ibu bapa tu. Akak belum cukup baik dengan mereka. Mereka sangat baik dengan akak.” jawabku.

Matanya menerewang mencari susuk tubuh seseorang.

” Kak, terima kasih. Saya minta diri dulu. Saya nak salam dan peluk ummi saya. Saya nak ucap terima kasih sebab ummi saya lahirkan saya dan besarkan saya. Nanti saya nak salam abah saya pula!” ujarnya penuh syahdu.

” Ok dik, semoga kita jumpa lagi.” kataku sambil bersalaman. Dia bingkas bangun dan mendapatkan umminya yang sedang membaca al-Quran. Dari jauh kelihatan dia dan umminya berpelukkan.

“Rindunya mak dengan abah.” sekali lagi hatiku berbisik menyatakan perasaan rindu ini kepada mereka, mak dan abah.

Angin, sampaikan salam rindu buat mereka~

-Pengalaman
Faten Muhammad
Read More
Powered by Blogger.

© UniSZA Creative Publisher Club'S Corner, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena